Majlis berbuka puasa bagi kelab keluarga 16 tetap disambut dengan meriah dan tawadhuk pada tahun ini.
Acara dipenuhi dengan majlis berbuka puasa bersama-sama dan diikuti solat maghrib dan Isyak berjemaah, seterusnya solat Tarawih berjemaah yang diimami oleh Sdr. Masri sementara Sdr. arbain bertindak sebagai bilal dan diikuti dengan jamuan more buah-buahan.
Menu yang berbeza dan agak special telah dipilih untuk menjadi santapan berbuka beramai-ramai......bukan kambing golek dan bukan juga bihun goreng ribut petir Sdr. Man.
Sebaliknya adalah hidangan nasi briani kambing arab yang ditempah khas daripada restoren makanan arab yang terkenal di Cyberjaya iaitu Restoren Saba.
Terima kasih kepada bang Brahim dan Sdr. Zulaimi atas keizinan menyediakan ruang di mimbar kediaman untuk bersolat dan berbuka. Terima kasih juga kepada Sdr. Faizul atas sumbangan buah-buahan yang fresh dari 'Ganu, juga kepada mereka yang telah membuat sumbangan kuih-muih, salad, roti arab, kek dan sebagainya. Semoga sambutan di masa berbuka di masa akan datang akan lebih meriah lagi.
No comments:
Post a Comment