Wednesday, October 13, 2010
LAGI LAMB GRILL BERBUKA PUASA
Majlis berbuka puasa bagi kelab keluarga 16 tetap disambut dengan meriah dan tawadhuk pada tahun ini.
Acara dipenuhi dengan majlis berbuka puasa bersama-sama dan diikuti solat maghrib dan Isyak berjemaah, seterusnya solat Tarawih berjemaah yang diimami oleh Sdr. Masri sementara Sdr. arbain bertindak sebagai bilal dan diikuti dengan jamuan more buah-buahan.
Menu yang berbeza dan agak special telah dipilih untuk menjadi santapan berbuka beramai-ramai......bukan kambing golek dan bukan juga bihun goreng ribut petir Sdr. Man.
Sebaliknya adalah hidangan nasi briani kambing arab yang ditempah khas daripada restoren makanan arab yang terkenal di Cyberjaya iaitu Restoren Saba.
Terima kasih kepada bang Brahim dan Sdr. Zulaimi atas keizinan menyediakan ruang di mimbar kediaman untuk bersolat dan berbuka. Terima kasih juga kepada Sdr. Faizul atas sumbangan buah-buahan yang fresh dari 'Ganu, juga kepada mereka yang telah membuat sumbangan kuih-muih, salad, roti arab, kek dan sebagainya. Semoga sambutan di masa berbuka di masa akan datang akan lebih meriah lagi.
LAMB GRILL SAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADHAN
Sempena menjelangnya ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia nan lalu. Aktiviti sambutan menyambut tibanya bulan yang penuh barakh telah menjadi acara wajib di dalam kelendar Kelab keluarga 16.
Dengan semangat bergotong-royong, para ahli telah bekerjasama menyediakan hidangan tengah hari yang berlaukkan ikan patin masak tempoyak yang di masak khusus oleh bonda Sdr. Syazali (original resepi from Pahang....terima kasih mak cik), ayam masak kicap stail ungkep (jawa) yang di masak oleh chef berbangsa melayu tapi berketurunan Jawa, sayur ulam dan macam-macam lagi.
AHLI BARU KELUARGA LAMB GRILL
Tahniah diucapkan kepada Sdr. Syazali dan keluarga yang juga NYDP Kelab Keluarga 16 (Naib Yg Dipertua bukan new york police dept yeee...) atas kehadiran cahaya mata baru pada akhir bulan Julai yang lalu.
Semoga dengan kehadiran puteri baru ini, kesejahteraan dan kebahagiaan Sdr. Syazali sekeluarga akan bertambah ceria dan terima kasih juga atas jamuan 'lamb grill golek' yang disediakan.
Peminat setia kambing golek......setia menunggu daging kambing untuk dihidangkan.....
Subscribe to:
Posts (Atom)