Sunday, April 4, 2010

LAMB GRILL MEETS LEMBU AKIKAH

Alhamdulillah perancangan yang tertangguh hampir 3 bulan akhirnya berjaya dilaksanakan. Berkat kesabaran, perancangan yang rapi serta kerjasama daripada semua yang terlibat akhirnya membuahkan hasil bagi menjayakan sambutan MAJLIS KESYUKURAN & DOA SELAMAT (kenduri akikah) atas anjuran PpB dan Kelab Keluarga 16 SP 3/8.

Sambutan majlis ini telah 'ditaja' oleh ketujuh-tujuh penama di dalam sunat akikah iaitu Sdr. Che wan (3/7), Sdr. Firdaus (3/7) dan 5 peserta daripada 3/8 iaitu Sdr. Wan Zainal , Sdr. Faizul, Sdr. Osman, Sdr. Masri dan Sdr. Zul.

Kemeriahan majlis bermula sejak dari hari sabtu lagi, di mana proses gotong royong melapah daging lembu dan persediaan memasak dijalankan dan menjelang selepas solat Isyak para penangah menjamu selera dengan hidangan sup tulang fresh yang disediakan oleh Sdr. Mat yang memang terkenal dengan masakan supnya. Sambil menikmati hidangan sup panas para penangah dijamu dengan tontonan wayang pacak...Adenan Sempit....bersama kopi panas.

Majlis berlangsung pada pagi Ahad dimulakan dengan baccan doa selamat oleh Sdr. Masri dan diikuti dengan jamuan. Antara menu yang terhidang adalah seperti masak daging gulai kawah, daging goreng kunyit, acar timun, acar buah (terima kasih sdr. Che Wan), ikan kering goreng, ulam, sambal belacan dan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Terima kasih kepada Pak Ya atas kerjasama beliau yang telah sudi untuk mengepalai dalam kerja-kerja memasak ini.

Alhamdulillah sambutan daripada para penduduk taman agak memberangsangkan dan insyallah majlis yang seperti ini akan diadakan lagi di masa hadapan bagi menjalin ukhuwah para penduduk Taman Bristana.

Terima kasih juga kepada penduduk Bristana yang turut sama bergotong-royong dan berpenat-lelah dalam menjayakan program ini dan sebagai salah seorang ahli di dalam kelab ini saya mewakili kelab ingin memohon maaf jika terdapat kekurangan dan kesilapan daripada pihak kami.

kerja-kerja gotong-royong melapah daging lembu
































































bacaan doa oleh Sdr. Masri

No comments:

Post a Comment