Wednesday, October 13, 2010

SAMBUTAN SILLATURRAHIM AIDILFITRI LAMB GRILL & MIZI MIDDLE GROUP

LAGI LAMB GRILL BERBUKA PUASA


Majlis berbuka puasa bagi kelab keluarga 16 tetap disambut dengan meriah dan tawadhuk pada tahun ini.

Acara dipenuhi dengan majlis berbuka puasa bersama-sama dan diikuti solat maghrib dan Isyak berjemaah, seterusnya solat Tarawih berjemaah yang diimami oleh Sdr. Masri sementara Sdr. arbain bertindak sebagai bilal dan diikuti dengan jamuan more buah-buahan.

Menu yang berbeza dan agak special telah dipilih untuk menjadi santapan berbuka beramai-ramai......bukan kambing golek dan bukan juga bihun goreng ribut petir Sdr. Man.

Sebaliknya adalah hidangan nasi briani kambing arab yang ditempah khas daripada restoren makanan arab yang terkenal di Cyberjaya iaitu Restoren Saba.

Terima kasih kepada bang Brahim dan Sdr. Zulaimi atas keizinan menyediakan ruang di mimbar kediaman untuk bersolat dan berbuka. Terima kasih juga kepada Sdr. Faizul atas sumbangan buah-buahan yang fresh dari 'Ganu, juga kepada mereka yang telah membuat sumbangan kuih-muih, salad, roti arab, kek dan sebagainya. Semoga sambutan di masa berbuka di masa akan datang akan lebih meriah lagi.

LAMB GRILL SAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADHAN

Sempena menjelangnya ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia nan lalu. Aktiviti sambutan menyambut tibanya bulan yang penuh barakh telah menjadi acara wajib di dalam kelendar Kelab keluarga 16.

Dengan semangat bergotong-royong, para ahli telah bekerjasama menyediakan hidangan tengah hari yang berlaukkan ikan patin masak tempoyak yang di masak khusus oleh bonda Sdr. Syazali (original resepi from Pahang....terima kasih mak cik), ayam masak kicap stail ungkep (jawa) yang di masak oleh chef berbangsa melayu tapi berketurunan Jawa, sayur ulam dan macam-macam lagi.

Terima kasih kepada semua ahli atas kerjasama yang diberikan.




























AHLI BARU KELUARGA LAMB GRILL


















Tahniah diucapkan kepada Sdr. Syazali dan keluarga yang juga NYDP Kelab Keluarga 16 (Naib Yg Dipertua bukan new york police dept yeee...) atas kehadiran cahaya mata baru pada akhir bulan Julai yang lalu.
Semoga dengan kehadiran puteri baru ini, kesejahteraan dan kebahagiaan Sdr. Syazali sekeluarga akan bertambah ceria dan terima kasih juga atas jamuan 'lamb grill golek' yang disediakan.





Peminat setia kambing golek......setia menunggu daging kambing untuk dihidangkan.....

























Sunday, June 13, 2010

LAMB GRILL BERCERAMAH





Kelab Keluarga 16 sp 3/8 bersama kelab PpB telah berjaya mengadakan satu program ceramah agama yang bertajuk 'Keluarga Bahagia - Kebahagian Idaman Semua' yang bertempat di perkarangan kediaman ahli kelab Keluarga 16 di SP 3/8.

Alhamdulillah program ceramah ini mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat Taman Bristana dan sekitar.

Friday, May 14, 2010

PAK BRAHIM JAMU LAMB GRILL

Bertempat di kediaman No. 72 Jalan SP 3/8 para ahli lamb grill sekeluarga dan para rakan telah dijamu dengan hidangan BBQ oleh En. Ibrahim yang lebih mesra dengan panggilan Pak Brahim atau Abg Brahim.

Berdasarkan daripada maklumat orang yang terdekat dengan beliau, sebenarnya sudah lama beliau berhajat untuk mengadakan majlis kesyukuran ini...yelah....sempena kerja-kerja mengubahsuai kediamannya yang akan siap.

Bagaimanapun....terdapat kelewatan di dalam proses penyiapan satu bahagian penting di dalam kerja-kerja tersebut dan beliau bercadang menangguhkan sementara majlis tersebut sementara menunggu kerja-kerja tersebut siap sepenuhnya. Tunggu..... punya tunggu..... kerja tersebut tak siap jugak dan beliau telah mengambil keputusan untuk meneruskan juga majlis tersebut tanpa mengambil kira kediamannya belum sempurna keseluruhannya.

Kami ahli kelab keluarga 16 amat berterima kasih dengan keikhlasan Pak Brahim sekeluarga di atas kesudian untukv menjamu kami dengan hidangan BBQ yang sudah pasti menjadi kegemaran kami semua.



Sunday, April 4, 2010

LAMB GRILL MEETS LEMBU AKIKAH

Alhamdulillah perancangan yang tertangguh hampir 3 bulan akhirnya berjaya dilaksanakan. Berkat kesabaran, perancangan yang rapi serta kerjasama daripada semua yang terlibat akhirnya membuahkan hasil bagi menjayakan sambutan MAJLIS KESYUKURAN & DOA SELAMAT (kenduri akikah) atas anjuran PpB dan Kelab Keluarga 16 SP 3/8.

Sambutan majlis ini telah 'ditaja' oleh ketujuh-tujuh penama di dalam sunat akikah iaitu Sdr. Che wan (3/7), Sdr. Firdaus (3/7) dan 5 peserta daripada 3/8 iaitu Sdr. Wan Zainal , Sdr. Faizul, Sdr. Osman, Sdr. Masri dan Sdr. Zul.

Kemeriahan majlis bermula sejak dari hari sabtu lagi, di mana proses gotong royong melapah daging lembu dan persediaan memasak dijalankan dan menjelang selepas solat Isyak para penangah menjamu selera dengan hidangan sup tulang fresh yang disediakan oleh Sdr. Mat yang memang terkenal dengan masakan supnya. Sambil menikmati hidangan sup panas para penangah dijamu dengan tontonan wayang pacak...Adenan Sempit....bersama kopi panas.

Majlis berlangsung pada pagi Ahad dimulakan dengan baccan doa selamat oleh Sdr. Masri dan diikuti dengan jamuan. Antara menu yang terhidang adalah seperti masak daging gulai kawah, daging goreng kunyit, acar timun, acar buah (terima kasih sdr. Che Wan), ikan kering goreng, ulam, sambal belacan dan buah tembikai sebagai pencuci mulut. Terima kasih kepada Pak Ya atas kerjasama beliau yang telah sudi untuk mengepalai dalam kerja-kerja memasak ini.

Alhamdulillah sambutan daripada para penduduk taman agak memberangsangkan dan insyallah majlis yang seperti ini akan diadakan lagi di masa hadapan bagi menjalin ukhuwah para penduduk Taman Bristana.

Terima kasih juga kepada penduduk Bristana yang turut sama bergotong-royong dan berpenat-lelah dalam menjayakan program ini dan sebagai salah seorang ahli di dalam kelab ini saya mewakili kelab ingin memohon maaf jika terdapat kekurangan dan kesilapan daripada pihak kami.

kerja-kerja gotong-royong melapah daging lembu
































































bacaan doa oleh Sdr. Masri

Saturday, April 3, 2010

LAMB GRILL & BRISTANA PpB KENDURI KAWIN

Tahniah kepada abg Mat kita yang telah menyambut menantu barunya pada bulanFebruari yang lepas. Terima kasih juga kepada seluruh penduduk Bristana yang turut sama bekerjasama membantu dalam kerja-kerja kenduri majlis ini. Dengar citer ini first time penduduk Bristana menjalankan aktiviti majlis kenduri kahwin secara bergotong royong. Sebagai salah seorang ahli kelab keluarga 16 sp 3/8, pihak kami memohon maaf jika terdapat kekurangan. Moga semangat kerjasama ini dapat diteruskan.



Hai bang...gaul ayam sendiri ke.........

Kerja gotong-royong sedang berlangsung


DJ yang bertugas.......ex-rockers yang tersohor

Melepaskan lelah bermaja dengan anak-anak setelah kepenatan bergotong-royong


Tuesday, February 2, 2010

LAMB GRILL BERTEMU LAMB KABSYH

Bertempat di Restoren Saba'...restoren makanan timur tengah di Cyber Jaya.....sebilangan kecil kaum bapa keluarga 16 telah melepaskan rindu untuk menikmati kelazatan daging kambing dengan cara yang berbeza.

Dimasak bersama-sama dengan beras basmathi untuk menghasilkan nasi briani kambing...arab style yang harum dan menyelerakan......cerita banyak tak guna beb...layannnnn.....

LAMB GRILL MAKAN SEA FOOD

Setelah kepenatan dengan kesibukan urusan persekolahan anak...maklumlah awal tahun baru baru berlangsung....anak-anak semakin dewasa yang 4 tahun masuk taman asuhan yang 7 tahun start darjah 1......sekoalah agama lagi........kerja lagi....bangun pagi siapkan budak...fuuhhh...penat, memang penat.


Memecah kebuntuan program, Sdr. Masri telah berbesar hati untuk melegakan kepenatan kaum bapa keluarga 16 dengan menikmati kesedapan dan kelembutan sajian hidangan dari alam lautan ciptaan Allah yang Maha Kaya.



Terima Kasih Sdr. Masri atas kemurahan hati untuk melegakan tension dan kepenatan kaum bapa keluarga 16. Terima kasih daun keladi..........Man tolong sambung.....



Insyallah program untuk kaum ibu akan menyusul kelak.....tunggguuuuu.............

Wednesday, January 13, 2010

Putaran mesin masa untuk menghitung hari-hari yang telah berlalu telah menggenapkan putarannya sebanyak 360 hari. Angka bagi tahun millenium telah bertambah untuk menggenapkannya kepada 2010 satu angka yang agak besar dan unik jika diamati secara ilusi.
Bagi Kelab Keluarga 16 sp 3/8 bukan niat kami untuk memfestivalkan detik tersebut, cuma sebagai satu makluman dan perkhabaran sesuatu perlu dilakukan bagi menandakan satu noktah kepada program kelab bagi tahun 2009 dan memulakan aktiviti seterusnya untuk singkapan helaian baru di tahun 2010.


Nyata apa bagi program penutup aktiviti kelab untuk tahun 2009 ............... kami masih membakar kambing.

Hahahah............ bila setiap ahli masing-masing dah kecur lidah nak rasa daging kambing, mulalah sepakat nak cari time..... jumpa.......malam tahun baru.

Dengan suasana enviroment port baru (agak-agak 10 langkah daripada port lama) meja port pun baru, aktiviti pembakaran daging kambing dan sosej dimulakan.

Nak lagi meriah bebudak kasi LCD pacak depan rumah Bang Ibrahim....... layan kartun Ice Ages 3.

Bapak budak layan bakar kambing......................sambil itu ade yang hisap ganja...eh silap sisha. Time makan kambing tu cam rasa macam kat Dubai je.......Buruj Khalifa?









Haaa...... nie le rupa sisha (syukran sdr. Wan)

















Aik..... Tarzan pun makan sambal













Peerrrghhh........power muscle tu bang......












Ok sebut sama-sama....... kami suka makan daging kambing bakar yeeehhh.













Bara yang membara.....membakar lemak di tubuh ku.......setiap titisan lemak-lemak ku bisa memadamkan kepanasan bara api...... ah....manusia sanggup kau memperlakukan ku sebegini (Man.... kau tak kesian ke kat kambing tu)










Issshhhh....... aku tgk kipas mesin blender ni cam kipas air kat kolam pancing desa aman lak....isshh payah ni ....jom .......hook sama dia!!...






Ya.... itulah penutup acara bagi tahun 2009 untuk Kelab Keluarga 16 SP 3/8.......moga ditahun akan datang nie.....program yang akan diatur akan lebih meriah dan mesra kejiranan. Di samping itu bersama-samalah kita mempertingkatkan persefahaman, hubungan dan toleransi kita sesama jiran.