Tuesday, December 8, 2009

LAMB GRILL MENYAMBUT HARI RAYA

Alhamdulillah setelah genap berpuasa selama sebulan tibalah masanya untuk umat Islam 'bergembira' menyambut kedatangan 1 Syawal. Tidak ketinggalan kepada para ahli Kelab Keluarga 16 SP 3/8 untuk menganjurkan satu program mega sempena ketibaan Aidil Fitri.

Melalui perancangan yang diatur rapi, para ahli telah sepakat untuk mengadakan satu sambutan Hari Raya di bawah perancangan kelab secara besar-besaran.

Pelbagai juadah disediakan secara bergotong-royong, diantaranya nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, kuah lontong dan mee goreng. Syukran diucapkan kepada para ahli yang sudi menyumbangkan pelbagi kuih-muih. Tidak ketinggalan menu wajib kelab...lamb grill dan hot dog.... yes..yes....

Dengan semangat bekerjasama, bertanggungjawab dan bergembira, para ahli telah turun untuk bersama-sama berganding bahu seawal pagi (selepas pekena teh tarik dan roti kat Maju Ahmad) untuk memulakan tugas. Ada yang potong bawang, blender santan, potong serai (terima kasih Ustaz Rahmanl), menyusun meja, menyediakan khemah dan tidak ketinggalan juga sebagai assistant chef.




Hai sampai 2 orang mandur mau masin lak mee ni.......



Potong......potong......potong......potong ajela.... (ikut irama potong)



like this.....ada sesuatu yang menarik pada pic ni.....







Berpeluh memeras santan......sampai jem mesin blender







Pasang khemah, susun meja, susun kerusi huh penat ni.......nasib baiklah ada suuupeerrrr power! (tapi sekarang dah tak power).






Sempat berposing untuk tatapan umum............














Kacau bang...... jangan tak kacau....... ade baca jampi ke bang.











kaum ibu bergotong-royong..... meriah sakan nampak..........









makan tengah hari beramai-ramai.... pekenalak sambal tempoyak dan sambal mangga kuinin.....plus pelbagai ulam tambah ikan masin...... kuah sardin peeeerrrrrgghhhh...mantap....tak caya tanya Man






Generasi pelapis kelab........................
Tepat jam 9.00 malam acara telah dimulakan dengan bacaan doa oleh sdr Masri dan seterusnya acara menjamu selera dijalankan. Majlis turut diserikan dengan alunan lagu-lagu hari raya yang merdu dan ditambah keceriannya dengan percikan bunga api yang indah bagi hiburan di kalangan anak-anak. Satu perkara yang menarik di sini... para ahli bersama keluarga dan para tetamu mengenakan pakaian hari raya yang kesemuanya indah-indah dan cantik-cantik belaka. Ada yang panik sebab tak ada kain samping.....nasib baiklah kain pelekat dapat dijadikan alternatif hahahah.........





Bacaan doa oleh sheikh Masri





Paling istimewa.......kami telah menjemput rakan taulan dan seluruh warga lorong SP 3/8 untuk bersama-sama memeriahkan majlis jamuan ini. Alhamdulillah kehadiran para tetamu cukup meriah...thanks all..insyallah next sambutan kita combine team depan (Jamal), tengah (Bang Mizi) dan hujung (kelab keluarga 16 sp 3/8) peeerghh.....best.





Uncle and family..........thanks ......













Neighbours and friends having talk while eating...... korang sekali imbas macam orang korporat makan kat hotel daaaa.....








Serikandi....opss....silap serikanda kelab keluarga SP 3/8








3 ......... 2 ......... 1 ........ fire...............
















Para tetamu mengambil hidangan.......





Banyak lagi gambar-gambar suasana majlis yang menarik untuk ditontoni di pautan terbaru kami .......... di facebook, please search Keluarga Enam Belas.

Letih?.......memang letih.... tetapi inilah salah satu usaha untuk menghidupkan suasana harmoni dan semangat kejiranan di kalangan kita. Saya percaya kepenatan dan keletihan para ahli semasa menyediakan persiapan majlis terbayar dengan kegembiraan melihat suasana meriah bilamana majlis berlangsung.

Bertolak-ansur , ikhlas dan saling memahami adalah kunci kepada semangat kejiranan yang harmoni dan segala unsur tersebut secara langsung dan tidak langsung kita pupuk dan semai serta dilakukan semasa menjalankan aktiviti-aktiviti seperti ini.

Terima kasih kepada para ahli kelab dan keluarga..........moga aktiviti ini akan berterusan dimasa akan datang.

No comments:

Post a Comment