Sunday, December 6, 2009

LAMB GRILL BAKAR LEMANG



Dalam kegairahan menyambut tibanya bulan Syawal yang pada tahun ini , kelab keluarga 16 SP 3/8 tidak ketinggalan untuk mengadakan aktivitinya yang boleh dikategorikan agak canggih dan mencabar iaitu projek membakar lemang.

bakar.....bakar.......hahaha....hahahah








Cari ape.... tu bang...cari kutu ke.......





Walaupun pada awalnya dengan suasana hujan yang agak lebat ianya tidak melunturkan semangat para ahli kelab untuk turut bersama bergotong-royong menyediakan juadah lemang panas dan, alhamdulillah hujan beransur renyai menjelang jam 9.00 malam.






Tengok..tengok aku dah cakap beras ni ade ...emasssss!!!!!!!!!



Projek yang dicetuskan daripada idea Abg Mat adalah antaranya untuk memupuk semangat bergotong-royong di kalangan ahli dan sekaligus juadah ini boleh dijadikan ole-ole untuk keluarga di kampung bagi mereka yang menyambut hari lebaran ini bersama keluarga di kampung.

Terima kasih kepada Sdr. Man 'lemang' yang bertindak sebagai sifu dan berkongsi kepakaranmdengan memberi tunjuk-ajar kepada kami tentang kaedah dan teknik yang betul dari awal proses mengisi beras pulut hinggalah kepada proses membakar serta meminjamkan sebahagian dari gadgetnya agar projek pada malam itu menjadi kenyataan.

Terima kasih juga kepada Sdr. Sazali atas kesudian menjadikan halaman rumahnya sebagi port operasi serta dendangan lagu-lagu raya melalui note booknya yang cute (rasanya ada yang menitis air mata masa mengisi beras pulut dalam buluh..... nasib baik lemang tak masin).





heh susah lak beras ni nak masuk....nah kau!!!!!








Begitu juga para ahli yang lain Sdr. Fazli, Sdr. Yeop, Sdr. Wan, Sdr. Arbain, Abg Razak, Sdr. Masri, Sdr Faizul, Sdr Hamdan, Sdr Pojie dan lain-lain diucapkan bebanyak terima-kasih atas kerjasama anda. Ada yang terbakar bulu roma, ada yang meredah hutan tepi sungai untuk mencari daun pisang,apa pun kesungguhan, keazaman dan kerjasama dikalangan ahli untuk merealisasikan projek ini telah mendatangkan hasil, walaupun pada mulanya agak sangsi samada projek ini dapat dijayakan atau tidak. TAHNIAH SEMUA!!!!!...
Hasilnya pada jam 2.00 ke 3.00 pagi para ahli tersenyum dengan membawa pulang 4 batang lemang panas (saiz XL) seorang untuk dijadikan hidangan bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment