Di atas kekangan masa dan kesibukan tugasan harian, penulis telah 'keterlupaan' untuk mewar-warkan satu berita berhubung kehadiran ahli 'baru' di dalam kelab Komuniti Keluarga 16 SP 3/8.
Pada bulan ........... yang lepas, Abang Ibrahim kita telah menerima menantu baru iaitu En. Fauzi.
Beliau dan pasangannya telah selamat diijabkabulkan di masjid Kampung Malayu Subang yang telah disempurnakan oleh Tuan Kadhi daerah tersebut. Pada hari tersebut juga Abang Ibrahim telah membuat kenduri kesyukaran sempena majlis akad nikah tersebut di kediamannya di Seri Peristana dan dijangka satu majlis besar-besaran akan diadkan di dalam masa terdekat ini Insyallah.
Upacara menyarung cincin perkahwinan
Kami bagi pihak kelab mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini dan mendoakan agar ikatan perkahwinan tersebut akan kekal sehingga ke anak cucu, Insyallah. Pihak kelab juga mengalu-alukan kehadiran En. Fauzi ke dalam komuniti keluarga 16 ini dengan harapan agar komuniti akan lebih meriah dan makmur. Sekali lagi pihak kelab mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada En. Fauzi dan pasangannya.
Penyerahan wang mas kahwin
Para pengiring pengantin....segak-segak macam nak mengalahkan pengantin
Lagi ..... para pengiring.... dan anak-anak
Pengantin perempuan bersama para pengiring menunggu kehadiran Tuan Kadhi
Pengantin lelaki bergambar kenangan dengan para pengiring sdr Yeop, sdr Wan dan sdr Fazli (nasib baik korang tak ikut bersamping)
Selamat Pengantin Baru!!! (wpn dh lme kwin,,,huhuhuuhu...)
ReplyDelete