Monday, October 26, 2009

AHLI BARU LAMB GRILL

Di atas kekangan masa dan kesibukan tugasan harian, penulis telah 'keterlupaan' untuk mewar-warkan satu berita berhubung kehadiran ahli 'baru' di dalam kelab Komuniti Keluarga 16 SP 3/8.
Pada bulan ........... yang lepas, Abang Ibrahim kita telah menerima menantu baru iaitu En. Fauzi.

Beliau dan pasangannya telah selamat diijabkabulkan di masjid Kampung Malayu Subang yang telah disempurnakan oleh Tuan Kadhi daerah tersebut. Pada hari tersebut juga Abang Ibrahim telah membuat kenduri kesyukaran sempena majlis akad nikah tersebut di kediamannya di Seri Peristana dan dijangka satu majlis besar-besaran akan diadkan di dalam masa terdekat ini Insyallah.





Upacara menyarung cincin perkahwinan






Kami bagi pihak kelab mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru ini dan mendoakan agar ikatan perkahwinan tersebut akan kekal sehingga ke anak cucu, Insyallah. Pihak kelab juga mengalu-alukan kehadiran En. Fauzi ke dalam komuniti keluarga 16 ini dengan harapan agar komuniti akan lebih meriah dan makmur. Sekali lagi pihak kelab mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada En. Fauzi dan pasangannya.





Penyerahan wang mas kahwin










Para pengiring pengantin....segak-segak macam nak mengalahkan pengantin













Lagi ..... para pengiring.... dan anak-anak











Pengantin perempuan bersama para pengiring menunggu kehadiran Tuan Kadhi










Pengantin lelaki bergambar kenangan dengan para pengiring sdr Yeop, sdr Wan dan sdr Fazli (nasib baik korang tak ikut bersamping)





Sunday, October 4, 2009

LAMB GRILL BERBUKA & SOLAT TARAWIH

Alhamdulillah pada bulan puasa yang lepas kita dapat bersama-sama menjalankan ibadat puasa dan insyallah semoga ibadat kita itu diterima oleh Allah SWT sebagai salah satu kewajipan kita sebagi umat Islam.
Tidak ketinggalan juga bagi para ahli kelab turut menganjurkan program berbuka puasa dan solat tarwih berjemaah. Terima kasih diucapkan kepada sdr. Sulaimi di atas keikhlasan beliau untuk mengizinkan program tersebut berlangsung di kediamannya.

Majlis dimulakan seawal jam 4.00 ptg dengan acara memasak bihun goreng tomyan serta hot dog dan nugget goreng yang di masak secara bergotong-royong dan diketuai oleh Chef Man selaku ketua memasak.

Setelah azan Maghrib berkumandang, para ahli kelab bersama keluarga masing-masing berbuka bersama-sama dan diikuti dengan solat Maghrib berjemaah yang diimami oleh Sheikh Masri (merdu...suaranya). Acara dimeriahkan dengan anak-anak membakar mercun yang disumbangkan oleh Sdr. Sazali sambil para ibu-bapa meneruskan 'aktiviti berbuka'.

Setibanya waktu Isyak, acara diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan seterusnya diikuti dengan solat Tarawih.

Sdr. man menunjukkan skillnya menggoreng bihun

dua tonggak 'anggota' utama kelab

setakat goreng nugget boleh la sikit-sikit

Tidak ketinggalan menu utama jamuan kambinnnn panggang.....

Sheikh Masri dan sdr. wan 'bermain api'