Satu lagi aktiviti kelab yang sedang rancak diperbualkan dan dijalankan......aktiviti berbasikal.
Kelab Komuniti Keluarga 16 sp 3/8 baru-baru ini telah menjalankan aktiviti berbasikal sebagai salah satu alternatif untuk aktiviti senaman yang lebih moden dan profesional.
Dengan di terajui oleh Sdr Khalid bersama-sama Sdr Arbain (yang telah 3 kali mengupgredkan basikalnya), Sdr Mat (2 kali up gred), Sdr Faizul dan yang terbaru Sdr Man, jelas menunjukkan sindrom ini semakin menjadi-jadi 'keganasannya' di kalangan mereka. Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Sdr. khalid selaku bekas pelumba Le Tour d' Langkawi serta keupayaan basikalnya yang boleh mencecah speed sehingga 60km/ jam (maklumlah basikanya berharga hampir RM 9 ribu) aktiviti berbasikal ini mendapat perhatian daripada ahli-ahli kelab yang lain. Berita terkini yang diterima Sdr. Syazali, Sdr. Masri dan Sdr. Wan masing-masing sedang meninjau kedai basikal untuk memiliki basikal yang diidamkan.
Umumnya kayuhan secara konvoi akan di mulakan seawal jam 7.00 pagi hari Sabtu atau Ahad dengan kelengkapan aksesori yang sewajarnya topi keselamatan (>RM 200), Baju (>RM80), Seluar (>RM 60), kasut (>RM 200), jam tangan sport G-Shock (kalau perlu nak catat masa) (>RM300). Destinasi kayuhan akan di set iaitu menuju higway Guthrie sehingga tol Bukit Lagong sebelum satu pusingan U dibuat untuk membuat kayuhan secara constant kembali menuju ke Seri Pristana. Satu pit stop wajib dikenalpasti sebelum kembali ke kediaman masing-masing .....Restoran Maju Ahmad (pekena teh tarik dan 2 keping roti canai) peerrgghhhh.... baru lena nak berehat..........tidor.......
Sakit pinggang...... mengah itu perkara biasa, bagi mencapai satu visi iaitu mengurangkan saiz air beg ........ semua kesakitan itu adalah satu cabaran.
Insyaallah..... moga aktiviti yang boleh disifatkan sebagai satu program bersenam elite ini akan adalah diharapkan agar tahap kecerdasan para ahli kelab berada pada tahap yang maksimum dan moga lebih ramai ahli kelab dapat bersama-sama membuat kayuhan dipagi hari cuti.
p/s ; penulis...tengah pikir ...... boleh ke join pakai basikal isteri (ada bakul dan carrier).
No comments:
Post a Comment