Thursday, August 20, 2009

LAMB GRILL SRVICE LONGKANG

Pada Ahad 9 hb yang lepas satu aktiviti gotong royong-royong membersihkan longkang telah dijalankan yang bertujuan untuk menghindarkan kawasan persekitaran daripada pembiakan khususnya nyamuk aedes yang berkemungkinan akan mendatangkan mudharat kepada kesihatan keluarga kita semua.

Kerja pembersihan dilakukan seawal selepas Asar dan disambung sehingga ke tengah malam. Terima kasih kepada ahli kelab yang terlibat lebih-lebih lagi semua peralatan sendiri punya tak payah nak mintak tolong MDKS. Terima kasih juga kepada Kak Normah dan para ahli yang menyumbangkan juadah ringan bagi mengekalkan stamina semasa mengorek longkang.




Trio yang sentiasa menjalankan tugas dengan amanah.....





Yeop sniper.........tolong jangan betulkan position gambar ini



























Buat apa tu sheikh....oooo....suluh longkang........






Takpa.... takpa biar saya tolak...ringan jeee nie...

Nikmatilah...

Wednesday, August 19, 2009

LAMB GRILL BERKERJASAMA



Alhamdulillah kita telah bersama-sama bekerjasama menjayakan program sambutan kedatangan Bulan Ramadhan dan insyallah Sabtu ini 22 Ogos 2009 kita akan mula berpuasa. Di dalam menjayakan agenda program tersebut, satu perkara yang harus kita sedari disini adalah...semangat bekerjasama. Umum sedia maklum, keseluruhan aktiviti yang kita jalankan adalah secara bergotong-royong iaitu bekerjasama.

Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli kelab bahawa memang terbukti kita semua mempunyai semangat untuk bekerjasama. Keikhlasan di dalam menyumbangkan samada tenaga, wang ringgit dan sokongan didalam sesuatu bentuk kerjasama itu adalah keutamannya. Apa yang saya perhatikan daripada sinar wajah para ahli ternyata keikhlasan untuk berkerjasama itu wujud di dalam sanubari dan kalbu individu masing-masing.

Mungkin ada di kalangan kita yang mengeluh......'alamak...diaorang ni nak masak-masak pulak...kan senang kalau order je hisshhh...malas betul la aku'. Sememangnya tugas untuk memasak bagi sesuatu jamuan bukanlah mudah........ dan oleh kerana itu ianya memerlukan kerjasama. Ya kerjasama dikalangan kita.........dengan adanya kerjasama kerja kita akan bertambah ringan dan mudah. Jika kita hanya pandai mengupas bawang.....kerja kita hanyalah mengupas bawang dan serahkan kerja memasak kepada orang lain yang lebih mahir.....hakikatnya kerja tukang masak juga akan ringan dan mudah kerana bawang tersebut telah dikupas orang lain dan dia hanya perlu memasak.

Inilah matlamat dan tujuan KELAB KELUARGA 16 SP 3/8 diwujudkan, kerana jika aktiviti yang kita jalankan secara berkerjasama maka, insyallah hubungan kita sebagai jiran tetangga akan lebih baik, mesra dan harmoni.

mari menggoreng popodum....nyam...nyamm




Beras kena ukur bang...jangan buang tin metega tuuu....







tengok jeee ke bang.....




proses menggantung banner cam spiderman jee....











Tuan mandur sampai kerja! kerja!






Ayam kampung rempah satu boleh bang.........









Apa lagi yang kurang ni yeeeee....oooo...asam jawa
















Jadi ke nasi minyak aku nie.............

Sunday, August 16, 2009

Jamuan sempena kedatangan Ramadan meriah...

Bak kata pepatah "Bersatu teguh bercerai roboh". Malam minggu 15 ogos 2009, di jalan 3/8 taman seri pristana terang meriah dengan anak-anak yang riang macam emak bapaknya yang ceria bekerjasama menyempurnakan kenduri malam itu.

Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Abang Razak, dan bila semua ahli keluarga16 sesuai dengan isyarat makan, maka jamuan pun di mulakan. Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Ahmad Kamal yang agak lucu dalam ceramah beliau.
Banner yang mendapat perhatian semua penduduk Pristana dan Saujana Utama
Beratur tunggu kambinnn...

Abang Brahim, tukang bakar profesional...
Ustaz Ahmad Kamal

Wednesday, August 12, 2009

LAMB GRILL BERBASIKAL


Satu lagi aktiviti kelab yang sedang rancak diperbualkan dan dijalankan......aktiviti berbasikal.


Kelab Komuniti Keluarga 16 sp 3/8 baru-baru ini telah menjalankan aktiviti berbasikal sebagai salah satu alternatif untuk aktiviti senaman yang lebih moden dan profesional.


Dengan di terajui oleh Sdr Khalid bersama-sama Sdr Arbain (yang telah 3 kali mengupgredkan basikalnya), Sdr Mat (2 kali up gred), Sdr Faizul dan yang terbaru Sdr Man, jelas menunjukkan sindrom ini semakin menjadi-jadi 'keganasannya' di kalangan mereka. Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Sdr. khalid selaku bekas pelumba Le Tour d' Langkawi serta keupayaan basikalnya yang boleh mencecah speed sehingga 60km/ jam (maklumlah basikanya berharga hampir RM 9 ribu) aktiviti berbasikal ini mendapat perhatian daripada ahli-ahli kelab yang lain. Berita terkini yang diterima Sdr. Syazali, Sdr. Masri dan Sdr. Wan masing-masing sedang meninjau kedai basikal untuk memiliki basikal yang diidamkan.



Umumnya kayuhan secara konvoi akan di mulakan seawal jam 7.00 pagi hari Sabtu atau Ahad dengan kelengkapan aksesori yang sewajarnya topi keselamatan (>RM 200), Baju (>RM80), Seluar (>RM 60), kasut (>RM 200), jam tangan sport G-Shock (kalau perlu nak catat masa) (>RM300). Destinasi kayuhan akan di set iaitu menuju higway Guthrie sehingga tol Bukit Lagong sebelum satu pusingan U dibuat untuk membuat kayuhan secara constant kembali menuju ke Seri Pristana. Satu pit stop wajib dikenalpasti sebelum kembali ke kediaman masing-masing .....Restoran Maju Ahmad (pekena teh tarik dan 2 keping roti canai) peerrgghhhh.... baru lena nak berehat..........tidor.......




Sakit pinggang...... mengah itu perkara biasa, bagi mencapai satu visi iaitu mengurangkan saiz air beg ........ semua kesakitan itu adalah satu cabaran.



Insyaallah..... moga aktiviti yang boleh disifatkan sebagai satu program bersenam elite ini akan adalah diharapkan agar tahap kecerdasan para ahli kelab berada pada tahap yang maksimum dan moga lebih ramai ahli kelab dapat bersama-sama membuat kayuhan dipagi hari cuti.




p/s ; penulis...tengah pikir ...... boleh ke join pakai basikal isteri (ada bakul dan carrier).