Pada pagi 22hb Julai 2009 yang lalu, bermula dari jam 12.00 tengah malam sehinggga lebih kurang jam 4.00 pagi sebahagian daripada ahli kelab telah bersama-sama menyumbang tenaga dan bersengkang mata untuk bertugas menjaga keselamatan dan ketenteraman Taman Seri Peristana 3.
Bermula jam 12.00 tgh malam beberapa ahli kelab telah kelihatan berlegar-legar di port sementara menunggu kedatangan ahli-ahli yang lain. Something special malam tu..... kitaorang dah plan untuk buat makan-makan.
Alhamdulillah dengan suasana malam yang tenang dan baik..... kitaorang dapat menyalakan api pembakaran untuk BBQ dengan mudah. Antara menu yang di'salai' malam tu of course kambing dan ayam (bagi mereka yang ada pantang makan daging kambing........ darah tinggi). Apa yang menarik setiap ahli kelab yang terlibat akan membawa sendiri daging kambing dan ayam yang hendak dibakar dengan resepi memerap masing-masing. Syok juga dapat merasa daging kambing bakar dengan pelbagai rasa, bukan selalu boleh buat ni. Selain daripada itu ada juga menu frozen dadih sebagai pencuci mulut.
Tak ketinggalan santapan buah-buahan tempatan tembikai, langsat dan terutamanya buah raja (durian) atas sumbangan sdr. Pojie dan sdr. Yeop.
Alhamdulillah sekali lagi ahli kelab dapat bekerjasama dan secara tak langsung dapat berkumpul bersama mengeratkan sillaturrahim di kalangan jiran tetangga. Apa yang penting bukan berapa banyak juadah yang di bawa atau siapa punya daging kambing bakar yang paling sedap, tetapi semangat kerjasama dan persefahaman di kalangan kita. Malahan ada sesetengah daripadanya yang akan bekerja pada pagi hari tersebut...... tahniah dan syabas. Moga semangat seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment