Sunday, July 26, 2009

LAMB GRILL BERSUKANEKA

Pada 26hb Julai 2009 sebahagian daripada ahli Kelab keluarga SP 3/8 telah menyertai acara sukaneka anjuran Persatuan penduduk Bristana & Kristana. Walaupun pada awal pagi cuaca agak basah dengan kehadiran hujan yang agak lebat, tetapi alhamdulillah menjelang ke tengah hari cuaca bertambah baik.

Berbagai acara dijalankan antaranya acara tarik tali antara lorong, menganyam ketupat, teka cili, acara untuk anak-anak dan tidak ketinggalan cabutan bertuah. Begitu juga dengan gerai-gerai jualan yang banyak memperomosikan barangan jualan mereka. Apa macam sdr Wan banyak dapat untung... agak-agak boleh belanja kitaorang makan Restoren Sa'ba pekena nasi briani kambing?

Dalam kemeriahan acara sukaneka dijalankan, nampaknya tuah dan rezeki banyak menyebelahi sdr Yeop (YDP), beliau merupakan johan 'bowling padang' (bowling buah kelapa).... hai macam biasa je main bowling....kita try 3 frame kat Time Square amacam ok? Dan juga cabutan bertuah......dapat 'porsche' sebijik (mana taknya ada dekat 6 kupon dia beli)...apa-apa hal tahniah sdr Yeop.

InsyAllah di masa akan datang mungkin Kelab kita akan ada perancangan untuk menganjurkan aktiviti sebegini.... mungkin kita buat kat Genting ke kalau tak pun Cameron Highland kuttt.... kurang sikit berpeluh.




No comments:

Post a Comment