Tak ketinggalan santapan buah-buahan tempatan tembikai, langsat dan terutamanya buah raja (durian) atas sumbangan sdr. Pojie dan sdr. Yeop.
Alhamdulillah sekali lagi ahli kelab dapat bekerjasama dan secara tak langsung dapat berkumpul bersama mengeratkan sillaturrahim di kalangan jiran tetangga. Apa yang penting bukan berapa banyak juadah yang di bawa atau siapa punya daging kambing bakar yang paling sedap, tetapi semangat kerjasama dan persefahaman di kalangan kita. Malahan ada sesetengah daripadanya yang akan bekerja pada pagi hari tersebut...... tahniah dan syabas. Moga semangat seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.