Tidak ketinggalan juga bagi para ahli kelab turut menganjurkan program berbuka puasa dan solat tarwih berjemaah. Terima kasih diucapkan kepada sdr. Sulaimi di atas keikhlasan beliau untuk mengizinkan program tersebut berlangsung di kediamannya.
Majlis dimulakan seawal jam 4.00 ptg dengan acara memasak bihun goreng tomyan serta hot dog dan nugget goreng yang di masak secara bergotong-royong dan diketuai oleh Chef Man selaku ketua memasak.
Setelah azan Maghrib berkumandang, para ahli kelab bersama keluarga masing-masing berbuka bersama-sama dan diikuti dengan solat Maghrib berjemaah yang diimami oleh Sheikh Masri (merdu...suaranya). Acara dimeriahkan dengan anak-anak membakar mercun yang disumbangkan oleh Sdr. Sazali sambil para ibu-bapa meneruskan 'aktiviti berbuka'.
Setibanya waktu Isyak, acara diteruskan dengan solat Isyak berjemaah dan seterusnya diikuti dengan solat Tarawih.
Tidak ketinggalan menu utama jamuan kambinnnn panggang.....
No comments:
Post a Comment